Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Korban 1431H

Selamat Hari Raya Korban. Hari ini mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim yang patuh kepada suruhan Allah yang mahu mengujinya dengan mengarahkan agar anak kesayangannya, Nabi Ismail, dikorbankan sebagai lambang keimanan. Nabi Ibrahim mematuhi arahan Allah SWT dan untuk itu, susuk Nabi Ismail ditukarkan kepada seekor kibas dan Nabi Ismail dialihkan dari tempat sembelihan dan selamatlah beliau atas kasih sayang Tuhan dan kasih sayang bapanya.

Dari Nabi Ismail lah, turunnya keturunan Nabi Muhammad, junjungan besar umat akhir zaman.

Jadi, konsep korban hari ini mungkin sama tetapi berbeza dari segi kesesuaiannya dengan zaman. Ibadah korban yang dituntut hari ini lebih bagi membantu golongan fakir miskin dengan mengorbankan sedikit harta ke jalan Allah.

Tetapi, bagaimana pula Hari Raya Korban tahun ini yang jatuh pada hari Rabu. Sesetengah dari kita tidak mendapat cuti, atau tidak dapat bercuti kerana hal-hal kerja dan hal-hal peribadi.

Sesungguhnya, TIDAK BERSAMA KELUARGA KERANA BERKORBAN MASA DI PAGI RAYA....



adalah lebih baik dari.....TIDAK BERSAMA KELUARGA KERANA TERKORBAN NYAWA DI JALAN RAYA...


Selamat Hari Raya Korban 1431 Hijrah.

No comments:

Post a Comment