Saturday, November 13, 2010

2010 Mula Memberanikan Diri Travel Sendirian

Tahun 2010 merupakan tahun banyak melancong bagi aku. Semua tempat yang pergi, adalah tempat yang aku tidak pernah sampai langsung sebelum itu (kecuali Bandung 2nd round la kan. Hehe). Aku hanya mengkaji melalui internet. Walaupun Kuching aku terpaksa lepaskan pada 16 September kerana sebab-sebab tertentu, perjalanan aku tahun ini sudah cukup membuatkan aku merasa untuk melihat dunia luar sempadan negara.

Bermula dengan eskpedisi berseorangan aku ke Krabi pada 12 Februari 2010 dengan menaiki keretapi dan bas, aku menjadi berani untuk berkelana sendirian.

Krabi (Februari)

Pada 25 Jun 2010, aku memberanikan diri untuk terbang ke sebuah lagi negara yang aku belum pernah pergi lagi sepanjang hidup aku. Indonesia. Aku ke Bandung dengan penerbangan jam 8.30 malam di mana hari tersebut, aku bekerja sehingga jam 5.30 petang.

Bandung (Jun)

Pada 23 Julai, aku terbang ke Tawau untuk ke Semporna dengan misi menjejakkan kaki ke Pulau Mabul. Aku berjaya menyelesaikan misi tersebut dengan jayanya walaupun bersendirian adakalanya mati kutu, namun banyak yang boleh aku buat tanpa sesiapa menyemak di kepala aku.

Mabul Island (Julai)

Kemudian, semasa outstation di bulan Ramadhan di JB, aku dipelawa oleh Azward Azis, untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan di Singapura, Halim, Zai dan Schon. Ini merupakan lawatan kali pertama aku ke Singapura. Kemesraan mereka membuatkan aku sentiasa ingin berkunjung lagi ke sana.

Singapura (Ogos)

Dan menutup perjalanan aku tahun ini, aku kembali terbang ke Bandung pada 19.10.2010 atas tiket yang aku beli sebaik balik dari Bandung pada bulan Jun, semata-mata untuk berhujung minggu dan bermalas-malasan.

Bandung (Oktober)

Ralatnya, pada 3 November 2010, aku membatalkan penerbangan ke Hatyai kerana bandar tersebut ditenggelami banjir sedalam 2 meter.

Aku mulanya gusar dan tidak yakin apakah aku mampu untuk mengembara sendirian. Apabila aku melaluinya, percayalah oleh aku bahawa aku mampu. Dan sebenarnya, ia menyeronokkan.

Pembaca sekelian, tanamkan minat untuk mengembara dan carilah cara untuk berkomunikasi dengan alam. Bukan bercakap sorang-sorang yer. Itu giler. Carilah sumber pengetahuan dari kajian, dan manfaatkan hasil kajian tersebut. Melalui GPS? Internet? Whatever lah!!

2 comments:

  1. yup.....best..aktiviti

    ReplyDelete
  2. best pak tam....jauh perjalanan luas...pemandangan... -aL

    ReplyDelete