Saturday, September 25, 2010

Malam Merdeka Yang Menggemparkan

Apa yang anda buat pada malam hari Isnin 30 Ogos 2010 jam 10 malam? Aku ke Genting Highlands menemani Ayebo (kawan seteret) untuk bermalam merdeka di puncak Genting. Pada jam 10 malam, kami baru sampai ke Highlands Hotel dan keluar bersiar-siar.

Pada saat ini, Soosilawati, seorang peguam, seorang pegawai bank dan pemandu mereka sedang dibakar untuk menghapuskan bukti. Sadis. Kejam. Dan semua pelaku perbuatan ini wajar dicincang dan dibakar sebagai pengajaran kepada mereka yang mahu berbuat jenayah kejam seperti ini.

Gambar arah KL pada jam 10.30 malam di bawah ini seolah olah memberitahu ada sesuatu yang sedang berlaku di kawasan barat laut selatan Genting Highlands. Ia menjajar merentasi kota terus ke Morib.

Itu sebenornya lampu KL yer.. Saja je Propa. Tapi Imej ini dirakam pada malam yang malang itu. Dan tepat 12 malam, Soosilawati dan 3 lagi, menjadi sejarah hitam profesen guaman negara.Memang hitam pun yang melakukannya.

No comments:

Post a Comment