Wednesday, September 1, 2010

Electric Train System ETS Beroperasi Mulai 12.08.2010

Electric Train System atau ETS, keretapi laju yang bergerak sehingga maksimum 146 km/j, memulakan operasi Ipoh -Seremban dan Seremban -Ipoh pada 12 Ogos 2010. Mula kepada projek ini ialah pada suatu hari di hari apa taktau, kerja mengambil alih tanah mula dibuat 10 tahun lalu. Cuma selepas 10 tahun, tren ini mula beroperasi. Perjalanan Ipoh - Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam manakala Ipoh - Seremban mengambil masa 3 jam.

Perjalanan keretapi laju ini agak terbatas di rangkaian laluan Rawang - Seremban kerana keadaan rel yang uzur dan asas rel yang berusia 15 tahun. Pecutan ETS hanya dapat dirasakan di laluan Ipoh hingga Rawang yang mempunyai landasan yang kukuh, moden dan lancar.

ETS mengenakan tambang promosi Ipoh - Kuala Lumpur dengan harga RM30. Harga selepas promosi dipercayai sekitar RM45.

Seharusnya KTMB mengekalkan kadar tambang promosi tersebut menjadi kadar tambang tetap kerana ini mampu menenggelamkan 'sistem kasta' yang cuba dihidupkan semula dalam pengangkutan keretapi.

Stesen keretapi Ipoh semakin semak dengan kenderaan sempena hidupnya ETS


Kaunter ETS di dalam stesen.


ETS yang menunggu masa untuk pecut dari platform 2, Stesen Keretapi Ipoh


Sekali pandang macam KTM Komuter went refurbishment..


Dua kali pandang, kau memang hensem..


Air-cond ETS sangat sejok. Bawa pakaian musim sejok anda..


Non ado sambutan?


Ada TV, tapi promo ETS je. Nak promo kat TV3 la.. Baru orang tau..


Tempat duduk yang dekat-dekat macam Nadi Putra pun ader..


Bersih (baru) .. Luas (tak ramai orang) .. dan Selesa (tak jugak..nyonya bising..)

P/S : Makin ramai orang Cina naik keretapi. Jadi, hentikanlah mengaitkan keretapi dengan filem Hindi dan Tamil.

No comments:

Post a Comment