Tuesday, September 7, 2010

Apa Ada Dengan Segelintir?

Gelintir? Apa itu gelintir? Mengikut Melayu Kedah, gelintir itu umpama perbuatan menguli seketul kecil tahi hidung yang dikorek keluar sebelum dijentik jauh-jauh.

Panas? Siapa yang kasi panas? Ya. Segelintir di Indonesia. Yang mempertikaikan kerja orang negara lain tanpa menunggu apa-apa laporan susulan atas nama demokrasi melulu. Demokrasi bukan bermakna untuk melanggar (tabrak) undang-undang.

Kalau di Malaysia, mungkin ler ada barang 0.1% yang benci Indonesia dengan penuh semangat. OK. Itu bermakna ada 29,000 orang. tapi kalau 0.1% di Indonesia, jumlahnya dah 246,000. Hasil natijahnya bagi sebuah negara bebas tunjuk perasaan seperti Indonesia, kita harus sedia maklum.

Jadi tak perlulah Malaysia kita ini menari-nari dengan gendang 'sembahyang' demokrasi amalan segelintir di sana yang dibuat secara berlebih-lebihan.

Sebabnya sangat jelas, banyak lagi urusan yang tergugat dengan kerja minoriti kecil ini.

Mas Budhie pemandu teksi tetap aku di Bandung, mas mas empunya toko eceran (borong) di Bandung dan Tanah Abang, teman-temanku di Jakarta, Bandung dan Surabaya, malah di Medan, Rantauprapat dan Pontianak, mau diapaan sama hubungan kami?

Api yang membakar ladang mungkin disebabkan puntung rokok. Yang menjadi mangsa ialah empunya ladang tumbuhan yang hidup rukun berganding tanah.

Ini kerana para pengandu domba sedia menjadi angin yang meniup api.

No comments:

Post a Comment