Tuesday, July 20, 2010

Kembara Ke Bandung II

Oh. Perfect. Wawan hanyalah ilusi. Cam pantat kan. Aku pandang mamat Melayu tu. Mamat tu pandang aku. Apa? Ada utang? Takde? Aku memulakan bicara. "Kau datang sorang ke?". "Haah. Kau pun sorang ke?" tanya dia. "Eh. Tak. Ada mamat sini patut ambik aku." jawab aku belagak. "Oh." jawabnya. Serentak kemudian, kami sama-sama merenung jalan masuk ke airport. Jam dah nak pukul 11 kot.

"Aku rasa mamat tu takde la. Kau tunggu sapa?" aku tanya dia. "Aku tak tunggu sapa-sapa. Tunggu ko la. Mamat kawan ko mesti takde punya." dia jawab selamba. Cam kimak. "Habihtu?" tanya aku. "Kita naik teksi, pergi Hotel Kumala". " Aku tanya dia lagi, hotel tu hotel apa jadah tu? Jawabnya, Itulah hotel yang majoriti orang yang naik flight ngan kita tadi pergi. Oh. Ye ker. Hotel popular di kalangan pelawat bajet. Bajet ke?

Kami menjadi orang last yang meninggalkan Husein Sastranegara. Naik teksi yang tidak menggunakan meter, kami di cas Rp40.000. Kira-kira RM15. Okei la tu. LCCT sampai Putrajaya pun RM62.

Mamat tu namanya Azrai. Nama glamour dia Arai. Umur dia 22 tahun. Datang ke Bandung sorang-sorang sebab nak shopping dengan nak massaging. Aiyo. Sib baik nafsu aku dikawal minda. Bukan nafsu mengawal minda.

Pak supir taksi sebut " Kalau di Bandung, tempatnya dekat-dekat, cuman, one way semuanya. Jadi sudah jauh puternya." Iya tak ye. Berapa jauh putaran itu.

Sampai je Hotel Kumala, rupa-rupanya Arai dah booking bilik. Hantu betul. Aku pun tempah bilik. Aduh. Belum kul 12 malam. Rugi. Esok jam 12 tengahari dah dikira 1 hari. Ah. Aku pun ambik 2 hari. Rp. 600,000. Kekira RM230. Okei la kan. Ada air panas, TV kabel, tub mandi, katil king size, pijit-pijit. Rm115 semalam. Pijit? Oh tidak. Belum sempat aku letak beg, pekerja hotel tu dah offer. "Maaf ya pak. Lain kali aja. Cape nih. Mau bobok." jawab aku ringkas. "Oh ya, kalau bisa, hantarkan sejadah ya." sambung aku lagi. Amek kau. Harap-harap offer massage tak kedengaran lagi. Haha.

Tapi aku tak dapat tidur. Aku teringat kata-kata pekerja hotel tersebut. "Pak, mau dipijit nggak. Ceweknya cantik. Teman bapak di sebelah mau. Bapak mau?". Tu dia. Tak menyempat kau kan Arai. Payah aku nak tidur. Aku pun keluar dan jalan kaki sepanjang Jalan Asia Afrika. Penat. Aku patah balik. Masuk bilik. Takleh tidur gak. Sebab ralit dok tukar channel demi channel kat TV tu. Galaksi, SCTV, TVRI, RCTI, MetroTV, TVOne, TVRI Bandung, Kroihh.. Kroiih... Aku pun meroloh nyenyak.


Hotel Kumala, Jl. Asia Afrika, Bandung

No comments:

Post a Comment