Tuesday, July 20, 2010

Kembara Ke Bandung I

Wah. Sekian lama aku balik dari Bandung, inilah kesempatan untuk aku blog kan catatan kembara aku ke Bandung. Pertama kali ke Indonesia. Seorang diri. Tanpa booking hotel. Sebabnya adalah, aku sebenarnya tak pasti nak pergi atau tak. Ketika hujan lebat petang Jumaat 25 Jun 2010, aku rengserk sebab loan tak masuk lagi. Aku berhasrat kensel je ke Bandung. Flight jam 8.30 malam. Boley? Aku kerja sampai 5.30 petang.

Tiba-tiba, A bukan nama sebenar, opismate aku, menawarkan pinjaman RM1000. Wau. Dengan syarat bayar sebelum Jumaat depan. Boleh je. Campur sikit gaji aku bulan tu, aku bawak RM2000 pergi sana. Mari kita lihat, berapa balance yang aku akan bawak balik. Haha.

Dengan pantas aku mintak Billy hantar aku ke LCCT. Billy kat KL. Ada seminar. Arghh! Aku bukak baju, bukak seluar, pasang kipas, tersandar kat bangku dalam bilik. Nak pergi ke taknak. Aku hantar SMS ke Wawan Rahmat, pekerja Alias, boss si Cunet yang buat bisnes kereta sewa kat sana. Takde reply. Ces. Ah! Siap! Billy sampai jam 6.30 petang, terus aku turun, dan dia terus hantar aku ke LCCT. Aku pakai seluar pendek, singlet lengan pendek, sandal, beg kosong, duit RM2000. Alahhh. Bandung banyak kain baju. Wakaka.

Sepanjang jalan, aku sembang dengan Billy tanpa fokus pada apa yang aku sembangkan. Aku terfikir, aku ni sebenarnya nak ke mana? Apa nasib aku kat sana? Best ke pergi tempat orang tanpa booking hotel. Dah la aku akan sampai kat sana pukul 9.30 malam waktu sana. Takpe. Inilah namanya kembara berserah diri. Haha. Saya suka!

Selesai check imigresen dan di balai berlepas, Wawan call aku. Dia cakap dia akan tunggu aku. Pakai cardboard tulis nama aku. Yes! Great! Aku terus naik pesawat. "Kencangkan Sabuk Pengaman". Haha. Maksudnya, "Ketatkan Tali Pinggang Keledar".

Up-up and the way. Aku dok tepi tingkap. Tapi tak nampak apa. Nampak guruh kilat di kaki langit je. Ratus-ratus batu nun di tengah lautan. Aku terlelap. Tapi aku terjaga bila aku rasa air liur basi aku nak menitik. Choi.

Tiba-tiba aku nampak dua kawasan penuh kerdipan lampu dan sebelah lagi hitam pekat. Ya. Aku dah memasuki Tanah Jawa buat pertama kali. Aku pasti, itulah Jakarta! Sebab aku nampak lampu halus bergerak laju di bawah sana. Itulah Soekarno-Hatta yang terletak di timur Jakarta.

Serentak itu, pengumuman mendarat dalam bahasa Indonesia kedengaran. Aik. Oh. Lupa. Bandung dengan Jakarta tak jauh mana.

Pesawat membuat pusingan. Aku tak pasti Bandung yang mana. Tanah Jawa sangat padat. Tiba-tiba, pesawat semakin rendah. Uih. Lampu-lampu kenderaan semakin dekat. Semakin rendah, rendah lagi. Sampai aku rasa nak dilanggarnya signboard McD yang tinggi tu. Malah, rasa macam separas dengan sebuah hotel di Bandung. Pesawat semakin rendah sampai terlihat kain baju di ampaian rumah. Aduh gawat! Dah atas bumbung rumah orang ni!

Pergh.. Rapat!! Mendarat gak aku kat Bandara (bandar udara) Husein Sastranegara. Airportnya memang dalam town. Ah! Kad Imigresen dengan Kastam tak isi pulakkk!

Sejuk. Bandung punya sejuk malam setaraf aircond kapal terbang. Oh. Lepas ujan. Patut la sejuk. Bandung terletak antara 700 hingga 900 meter dari aras laut. Sebab tu sejuk.

Merasalah aku beratur antara yang last sekali. Sebab sibuk dok isi form kat meja kastam seciput tepi pintu masuk. Tak besar pun airport Bandung. Serius, railway Ipoh besar lagi. 2 kali lagi ganda kot.

Urusan aku selesai jam 10.30 ! Giler punya ketat imigresen Indonesia. Semua 10 jari diambil capnya. Mata pun di scan. Adoi. Tu yang lambat tu. Aku pun terus ke pintu luar. Malam semakin dingin. Wawan tak ada. Aku bukan pernah tengok pun muka Wawan tu. Tapi takde pun makhluk berdiri pegang kertas bertulis nama aku. Aku tunggu lagi. Airport dah tutup. Sunyi. Tinggal aku dengan sorang mamat Melayu. Wawan dah ke awan agaknya. Hampeh.

No comments:

Post a Comment